Halaman

Follower

21 Februari 2011

GA - Sebagai Tanda Penghargaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Dengan gigih dan tekunnya mengemaskini blog ini dengan menyertai GA anjuran Nita dari blog Past Times Collectibles.  GA ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung, pembeli dan rakan PML Nita. Syarat-syarat penyertaan ada di Past Times Collectibles.


Syarat 1 hingga 3 - siap sudah

4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )?

-Aye mula minat dengan PML ni kira-kiranya dah lama tapi kurang pasti sejak bila, seingat aye semenjak kecil ketika makan nasi di rumah tok... cantik pinggan tu, tapi sekarang bila balik kampung pinggan tu dah tak der... pecah kot... dah jadi terbantut pula minat tu... tapi semenjak setahun dua ni semenjak aktif berbloging terjumpa blog geng PML... mula timbul semula minat


5. Apakah koleksi PML anda yang pertama?

-Kalau nak kira koleksi PML yang pertama adalah piring kueh bunga kangkung sebanyak 6 biji pemberian mak mertua sebagai hadiah perkahwinan semasa pindah ke rumah baru.


6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat;

-Pada pendapat aye koleksi yang paling banyak peminat adalah Koleksi Bunga Kangkung dan Koleksi Twin Rose


~~~~~~~~~~

Hadiahnya seperti berikut :

TEMPAT 1 - 1 SET TRIO ROYAL ALBERT PRELUDE



TEMPAT KE 2 - DECO PLATE ROSES BY PRISTINE


TEMPAT KE 3 - 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU

~~~~~~~~~~

Semoga dengan penyertaan di saat-saat akhir ini ada tuah yang mengiringi....tarikh tutup penyertaan 22/2/2011.

Sekian

Jom..join ramai2...tq. Keputusan akan diumumkan pada 25/02/2011..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dari sebelah